Rencah Hidup
Butang Baju Melayu Berbentuk Keris Masih Jadi Trend Gaya Aidilfitri 2022
Siapa sangka walaupun butang baju Melayu berbentuk keris sudah pernah diperkenalkan beberapa tahun lalu, ia masih menjadi pilihan lelaki untuk bergaya pada Aidilfitri nanti.
Dari segi harga, tawarannya cukup menarik kerana butang baju Melayu ini dijual pada harga RM5.74 hingga RM6.75 di Shopee tidak termasuk kos penghantaran.
Senang cerita dengan modal RM10, orang-orang lelaki masih boleh dapatkan butang baju Melayu berbentuk keris ini lebih awal agar tidak lambat sampai ke destinasi kelak!