Sukan

Burger King bantu lonjak populariti kelab kerdil Stevenage FC

PADA musim panas 2019, Burger King telah mengorak langkah mengagumkan apabila menaja kelab kerdil dari Liga Dua England, Stevenage FC.

Dalam tempoh setahun, dengan memanfaatkan permainan video, syarikat itu telah membantu menjadikan kelab tersebut sebagai salah sebuah pasukan paling laris dalam bola sepak.

Gergasi makanan segera itu membuat keputusan bijak apabila menyertai permainan video FIFA 20 dengan menawarkan sajian burger Whoppers dan kerepek kentang percuma sebagai balasan bagi pemain menyelesaikan cabaran dalam permainan sambil bermain sebagai The Boro.

Kini, dalam kehidupan nyata Stevenage telah berjaya menjual kesemua jersi kelab mereka dan muncul selaku pasukan FIFA 20 yang paling banyak dimainkan di platform Twitch iaitu streaming secara langsung dan terkenal di seluruh dunia.

Sewaktu Burger King yang dilaporkan membayar Stevenage sebanyak 50,000 pound (RM263,391) bagi menaja kelab itu, mereka amat menyedari apa yang sedang dilakukan.

Ketua Pemasaran Global, Marcelo Pascoa mendedahkan, syarikat itu bukan sahaja berminat kepada pasukan besar, tetapi turut memberi perhatian kepada kelab kerdil yang bersedia untuk melakukan sesuatu yang besar.

Menjalinkan kerjasama dengan David The Agency yang terkenal dengan kreativiti mereka, tampil menerusi idea yang berjaya menarik perhatian sekitar 2,700 peminat kepada skuad Hertfordshire itu untuk hadir ke Stadium Lamex.

Perancangannya ialah untuk menggunakan FIFA 20, di mana pemain Stevenage di alam maya dapat membantu peminat yang bermain permainan tersebut ‘unlock’ tawaran istimewa Burger King dengan menyelesaikan cabaran dan memuat naik video ke Twitter.

Peserta perlu menyempurnakan cabaran termasuk ‘A Nutmeg for Nuggets’ serta ‘Impossible for Impossible Whopper’, kemudian mereka perlu menyarung jersi rasmi Stevenage dan kongsikan klip video mereka bagi mendapatkan makanan secara percuma yang dikirimkan menerusi penghantaran.

Dengan adanya tawaran menarik tersebut maka tidak hairanlah kempen global yang dilancarkan ke seluruh Amerika Syarikat, China, Mexico, Brazil, United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Rusia, Sweden dan Sepanyol mencapai kejayaan besar.

Projek Stevenage FC itu yang turut diperkenalkan ke seluruh dunia, berjaya menarik pemain permainan tersebut berkongsi 25,000 gol di atas talian sepanjang seminggu kempen tersebut dilancarkan pada Oktober lalu.

Kelab itu juga menjadi pasukan paling kerap digunakan dalam ‘Career Mode’ dan ‘Twitch’, dengan menambah pemain seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah ke dalam kelab alam maya peserta.

Ternyata strategi pemasaran itu berjaya menjadikan Stevenage sebagai sebuah kelab yang dikenali ramai. Buat pertama kali dalam sejarah kelab itu, mereka berjaya menjual kesemua jersi dengan harga 42.99 pound (RM226) sehelai.

Perjanjian antara Burger King dengan Stevenage akan berakhir pada penghujung musim ini tetapi sebelum itu, anda pasti tertanya-tanya apakah perancangan yang akan mereka lakukan untuk tahun ini pula.

Sekiranya ia masih melibatkan makanan percuma, rasanya pasti ramai yang menanti-nantikan tawaran tersebut. – The Sun UK – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button