Nasional

Koperal polis ditahan terima RM500 sebagai habuan selesaikan saman

HANYA bayar RM500 untuk selesaikan saman tertunggak.

Taktik yang digunakan oleh seorang anggota polis berpangkat Koperal itu bagaimanapun terbongkar selepas tindakannya dilaporkan seorang lelaki berusia 46 tahun.

Suspek yang berusia 45 tahun itu bagaimanapun telah ditahan kira-kira pukul 7.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku pada 23 September lalu ketika mangsa sedang berada kaunter trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Kira-kira pukul 2 petang, mangsa telah hadir ke kaunter trafik untuk membuat semakan saman trafik anaknya.

“Selepas semakan dibuat, anaknya mempunyai saman berjumlah RM1,120 sebelum dia di sapa oleh suspek yang menawarkan bantuan untuk menyelesaikan saman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek memberitahu yang dia boleh membantu mangsa untuk menyelesaikan saman mereka dengan hanya membayar wang RM500.

Jelasnya, suspek memberitahu yang dia mempunyai rakan di trafik Bukit Aman yang boleh membantu bagi pengurangan saman tersebut.

“Disebabkan percaya dengan kata-kata suspek, mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM500 ke dalam akaun milik suspek.

“Suspek juga berjanji akan menyelesaikan masalah dalam masa tiga hari namun sehingga hari ini saman tersebut masih belum selesai,” jelasnya.

Nik Ezanee berkata, ketika ditahan, suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Tambhanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button