Ekonomi

Burger baharu KFC ‘sedap macam ayam, tetapi bukan ayam’

KEPADA anda yang gemarkan KFC tetapi masih berkira-kira tentang diet, namun tidak perlu risau kerana satu menu baharu yang memenuhi cita rasa orang diet.

KFC Malaysia perluas penawaran makanannya dengan pelancaran KFC Zero Chicken Burger – burger berasaskan tumbuhan dan tanpa daging yang padat dengan segala kesedapan 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders

Tawaran waktu terhad ini dilancarkan khas untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang mengingini variasi baharu dalam pilihan makanan mereka.

Berkolaborasi dengan jenama pengganti daging Quorn, KFC Zero Chicken Burger menggunakan patty halal tanpa daging yang merupakan sumber protein alternatif berkualiti tinggi yang kaya protein, kaya serat, rendah lemak tepu, dan tiada kolesterol.

KFC Zero Chicken Burger padat dengan kepuasan Original Recipe 100% dalam setiap gigitan.

Patty tanpa daging disalut sepenuhnya dengan adunan 11 herba dan rempah rahsia KFC dan digoreng sempurna sehingga perang keemasan, kemudian dilimpahi sos Spicy BBQ dan mayonis, kepingan keju yang disusun bersama salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan lazat.

Walaupun produk ini khusus buat peminat KFC untuk menikmati burger lazat tetapi tanpa ayam, namun bukanlah produk vegan atau vegetarian kerana disediakan segar menggunakan peralatan memasak yang sama dengan produk KFC lain.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, protein tanpa daging telah mendapat perhatian ramai pengguna yang lebih terbuka dengan sumber protein alternatif.

“Di sinilah bermulanya ciptaan konsep ‘Tanpa Ayam’ – burger yang rasa seperti ayam tetapi tiada ayam, namun sememangnya rasa lazat KFC yang memuaskan.

“Kami amat teruja untuk rakyat Malaysia merasai KFC Zero Chicken Burger ini sendiri untuk mempercayainya.”

Demikian kata Timbalan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia, Evelyn Ng, dalam satu kenyataan memperkenalkan hidangan baharu restoran kegemaran ramai itu.

Katanya, KFC sentiasa berusaha untuk membawakan anda trend makanan terbaharu yang selamat-untuk-dimakan, segar disediakan, dan enak.

“Oleh sebab itu, kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan. Kami konsisten dalam memastikan piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi selaras dengan garis panduan dan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Jadi, dapatkan KFC Zero Chicken Burger tanpa risau melalui beberapa
saluran tanpa sentuh seperti Bawa Pulang, Self Collect, Pandu Ambil, Pandu Lalu, dan Penghantaran,” jelasnya.

Tambahnya, menu tersebut boleh didapati secara rasmi mulai hari ini di seluruh restoran KFC di Malaysia pada harga bermula RM12.99.

Atau pelanggan boleh membuat pesananan secara dalam talian menerusi laman www.kfc.com.my atau aplikasi mobil KFC Malaysia. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button