Nasional

Bunuh kucing, wanita mengaku tak bersalah

SEORANG wanita mengaku tidak bersakah atas tuduhan memukul dua ekor kucing hingga menyebabkan kematian dia Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Hah Choy Kheng, 51, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Berdasarkan pertuduhan, Choy Kheng yang bekerja sebagai broker didakwa dengan kejam memukul seekor kucing betina baka tempatan berwarna oren dan seekor anak kucing baka tempatan berwarna putih kelabu dengan sebatang besi sepanjang 75 sentimeter hingga menyebabkan kedua-dua haiwan itu mati.

Dia  dituduh melakukan perbuatan  itu di bawah pokok berhampiran pondok berbumbung dalam kawasan padang permainan Blok B1, Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini pada jam 1.20 petang, 29 Dis lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan kes.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button