Politik

Bukan masanya minta jawatan TPM dan menteri

Semalam Muhyiddin jumpa Ismail Sabri...

BEKAS dua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menurut Najib, tersilap keutamaan pada masa rakyat sedang bergelut dengan antara lainnya, kenaikan kos sara hidup.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pengumuman Presiden Bersatu itu semalam bahawa beliau bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan pelbagai jawatan dalam Jemaah Menteri dan kerajaan adalah sangat tidak wajar.

“Adakah prioriti negara ketika ini untuk lantik timbalan perdana menteri, menteri-menteri baharu, pelbagai jawatan baharu serta menubuhkan banyak lagi majlis-majlis dan jawatankuasa?

“Sedangkan PRU (pilihan raya umum) semakin dekat. Paling lama pun kurang setahun lagi,” kata Najib dalam catatan beliau di Facebook.

Semalam, Muhyiddin berkata, beliau bertemu Ismail Sabri beberapa hari lepas untuk membincangkan pelantikan dalam Jemaah Menteri termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menurut Muhyiddin, berkait dengan perjanjian Perikatan Nasional (PN) dengan perdana menteri.


“Saya membangkitkan beberapa isu penting termasuk pelantikan kerajaan dan bukan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan sedia ada.

“Pelantikan baharu perlu dipertimbangkan berdasarkan persetujuan PN dengan perdana menteri,” kata Muhyiddin.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu turut meminta kerajaan mempercepat pembentukan panel MKN di peringkat negeri.

Najib berkata, Muhyiddin dalam keadaan terdesak apabila ramai ahli Parlimen Bersatu meninggalkan parti menjelang PRU15 dan beliau menjadikan perkara ini sebagai “gula-gula” untuk membendungnya.

“Harap kerajaan jangan layan. Fokus pada pemulihan ekonomi dan mengawal inflasi,” catat Najib di Facebook. – SM

 

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button