Politik

Buka Parlimen bila negara stabil, krisis Covid-19 berakhir

KESTABILAN negara merupakan syarat yang mungkin membolehkan Parlimen dibuka semula, menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin.

Ahli Parlimen Barisan Nasional itu berkata, beliau faham kestabilan yang disyaratkan untuk membuka Parlimen tidak akan kekal selamanya.

Juster beliau merayu agar Parlimen dibuka hanya sehingga krisis Covid-19 berakhir.

“Saya faham – kestabilan yang saya minta ini tidak akan kekal selamanya. Namun rayuan saya ringkas – hanya sehingga krisis COVID-19 berakhir.

“Memandang ke hadapan, ke mana hala tuju negara sekiranya berlaku perubahan dalam landskap politik?


“Adakah Pelan Pemulihan Negara yang Kerajaan sedang usahakan akan diketepikan seterusnya digantikan dengan yang baru? Amat jelas, pelan pemulihan Covid-19 yang tidak bersepadu tidak diperlukan,” katanya.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di blognya, beliau menegaskan desakan politik agar Parlimen dibuka semula tidak boleh mempunyai agenda tersembunyi dan tidak boleh dijadikan alat pemuas nafsu politik sesetengah individu.

Katanya, Parlimen pernah digunakan oleh pihak tertentu untuk memenuhi agenda peribadi termasuk pada September 2020.

“Mereka terlalu taksub pada angka yang ‘kukuh, hebat, meyakinkan’ – sehinggakan, ia meresap ke dalam pelbagai senario serta cuba meyakinkan semua orang bahawa mereka bersatu, dengan harapan dapat meneruskan agenda untuk kembali berkuasa,” katanya.

Tambah beliau, ahli Parlimen yang kuat mendesak agar persidangan diadakan, mesti mengambil tanggungjawab bersama bagi memastikan persidangan Parlimen yang disambung semula nanti dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan negara dan rakyatnya terutama dalam pengurusan Covid-19.

Menjadi tanggungjawab ahli-ahli Parlimen mencari jalan keluar daripada krisis Covid-19 seperti yang duharapkan.

Hishammuddin turut menegaskan, berpolitik sepanjang masa merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima.

Semua pihak menurut Hishammuddin perlu menyokong dan tidak seharusnya bersifat skeptikal terhadap Pelan Pemulihan Negara yang bermatlamat membawa negara keluar daripada pandemik.

“Saya percaya, dalam mempertimbangkan ketiga-tiga pandangan saya ini, wujudnya satu syarat yang mana kita perlukan kestabilan. Kestabilan ini mungkin membolehkan Parlimen dibuka semula.

“Kestabilan ini juga mungkin akan memberikan hak kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk bertanya soalan dan Kerajaan untuk menjawab ketika sesi persidangan. Tetapi yang paling mustahak, kestabilan ini mestilah tidak dirampas,” tegas beliau.

Justeru, sama ada keadaan negara menjadi bertambah baik atau bertambah buruk segalanya bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh ahli Parlimen.

Ahli Parlimen harus menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka dipilih dan diletakkan di Parlimen demi kepentingan rakyat dan bukannya cita-cita peribadi.-SM

 

(Visited 119 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button