Nasional

Buat peminat politik jadi tak keruan, Young Syefura agih kad raya percuma!

Menjelang Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman tampil mengagihkan kad raya secara percuma.

Lebih menarik, kad raya itu bukan sahaja menceritakan tentang perkara-perkara yang terdapat di sekitar Bentong seperti yang diketahui ramai.

Tetapi iai turut dihiasi dengan lakaran wajah Young Syefura atau lebih mesra dengan panggilan Rara sebagai Ahli Parlimen daripada kawasan tersebut.

Mengintai pada ruangan komen, ternyata peminat Young Syefura bukan hanya terdiri daripada warga Bentong sebaliknya serata Malaysia.

Ada peminat daripada Negeri Sembilan, Sabah, Kedah dan banyak lagi negeri lain yang masing-masing cuba nasib untuk mendapatkan kad raya tersebut.

“Kad raya dah siap. Isi link kalau nak kad raya sampai depan rumah anda,” ujar Rara menerusi Facebook miliknya. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button