Jenayah

Bot skuba terbakar: 7 termasuk pekerja PTI terselamat, alami cedera

BERPANTANG maut sebelum ajal. Tujuh pekerja sebuah pusat pelancongan selam skuba berjaya menyelamatkan diri apabila bot di Dive Centre Floating, Semporna, terbakar.

Bagaimanapun mereka cedera dalam kejadian kebakaran yang berlaku semalam.

BERNAMA melaporkan, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Hazani Ghazali berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.30 pagi.

Mangsa, katanya, adalah empat pekerja warga tempatan dan tiga pendatang tanpa izin (PTI), berusia antara 18 hingga 36 tahun.

Ketika kejadian, kata Hazani, empat pekerja sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan petrol dari tangki minyak ke dalam bekas di dalam bot sebelum berlaku letupan kecil, dipercayai bercampur dengan air, sehingga menyebabkan berlaku kebakaran.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa melecur antara lima hingga 30 peratus pada beberapa anggota badan dan kini mendapat rawatan di Hospital Tawau,” katanya.

Kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button