Auto TravelEkonomi

Boon Siew Honda perkenal Honda EX5 versi ulang tahun ke 35

SIAPA yang tidak kenal dengan motosikal jenis Honda EX5.

Kenderaan dua roda ini boleh dianggap sebagai sebahagian daripada simbol yang cukup ikonik kepada rakyat tempatan.

Kelasakan dan harga mampu milik Honda EX5 membuatkan ramai yang memiliki kenderaan itu untuk memudahkan aktiviti harian termasuk pergi bekerja.

Mula diperkenalkan pada tahun 1987, tahun ini juga menyaksikan Honda EX5 menyambut ulang tahun ke 35 kenderaan dua roda itu dijual.

Bersempena dengan tahun bersejarah ini juga, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan varian baharu iaitu EX5 35th Anniversary Edition.


Dari segi penawaran, Honda EX5 35th Anniversary Edition masih mengekalkan enjin silinder tunggal sejukan udara 110cc yang menghasilkan 8.54 kuasa kuda @ 7,500 rpm dan daya kilas 8.62 Nm @ 5,500 rpm.

Dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI, ia membantu EX5 untuk menawarkan lebih penjimatan bahan api dan dalam masa yang sama mengurangkan emisi.

Dua varian ditawarkan iaitu EX5 dengan rim jejari dan juga model rim tuang, masing-masing didatangkan dalam warna menarik (Euphoria Red Metallic dan Pearl Nightfall Blue).

Untuk model 35th Anniversary Edition, ia didatangkan dengan ciri tambahan berupa emblem ulang tahun serta jalur grafik baharu.

Harga jualan bermula dari RM4,783 untuk model rim jejari dan RM5,009 untuk EX5 dengan rim tuang. -SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button