NasionalNegeri

Bomba Perlis terima 90 peratus panggilan kebakaran berlaku waktu malam

Mohd Zaidi Ma’at memakaikan tanda pangkat kepada salah seorang pegawai pada Majlis Perhimpunan Tahunan JBPM Perlis di Ibupejabat JBPM Perlis di Persiaran Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini. – Gambar Ihsan JBPM Perlis

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis mengesan lebih 90 peratus panggilan awam mengenai pembakaran terbuka adalah pada waktu malam.

Pengarahnya, Mohd Zaidi Ma’at berkata, kebanyakannya berlakunya pembakaran terbuka ini adalah melibatkan kawasan bendang.

“Sebenarnya jerami di bendang ini telah mula dibakar pada waktu petang, selepas Maghrib baharu ia mula berasap dan menjasi semakin marak sehingga tengah malam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Tahunan JBPM Perlis di Ibupejabat JBPM Perlis di Persiaran Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Mohd Zaidi Ma’at ketika memeriksa barisan Majlis Perhimpunan Tahunan JBPM Perlis di Ibupejabat JBPM Perlis di Persiaran Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini. – Gambar Ihsan JBPM Perlis

Pada majlis berkenaan Mohd. Zaidi juga memakaikan tanda pangkat kepada 36 pegawai dan sijil penghargaan kepada Balai Bomba Sukarela yang aktif.

Mohd Zaidi berkata, pembakaran terbuka ini berlaku kerana yang membakarnya tidak mengawal bagi mengelak ia tidak melarat ke kawasan lain.

Beliau berkata, ini jenis yang tahu bakar dan kemudian terus ditinggalkan begitu saja.

Katanya, apabila api mula marak di waktu malam ia telah menimbulkan kegelisahan khususnya kepada orang awam yang tinggal berdekatan.

Beliau berkata, ada juga tempat yang berlaku kebakaran yang berulang-ulang.

Sehubungan itu katanya, pemilik bendang dinasihatkan supaya berusaha untuk meminimakan pembakaran di tanah pertanian masing-masing.

Katanya, pihaknya memahami kaedah pembakaran membantu mengurangkan kos dan juga tanah lebih subur.

Mohd Zaidi Ma’at (dua dari kanan) berbual dengan penerima Sijil Aktif Bomba Sukarela sempena Majlis Perhimpunan Tahunan JBPM Perlis di Ibupejabat JBPM Perlis di Persiaran Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini. – Gambar Ihsan JBPM Perlis

Mohd Zaidi berkata, pihaknya juga telah menerima 180 panggilan kes kebakaran sejak Januari lalu sehinga kini yang disifatkan sebagai tinggi.

Tambahnya, kebanyakannya melibatkan pembakaran terbuka seperti bendang, lalang dan juga semak samun. – SM

BACA Bomba Perlis jalani D’MEX 2022 siap sedia hadapi bencana banjir

(Visited 48 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button