fbpx
Politik

BN tidak setuju peruntukan parlimen sama rata

Barisan Nasional (BN) tidak bersetuju ahli parlimen pembangkang diberikan peruntukan sama seperti wakil kerajaan di Dewan Rakyat sebagai balasan mereka untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata cadangan itu akan “membunuh” BN secara keseluruhan.

“Kami tidak setuju, kenapa perlu beri pada mereka? Itu membunuh kami.

“Dulu semasa dia (Pakatan Harapan) memerintah, dia tak bagi kita pun (peruntukan),” katanya kepada media selepas menghadiri pertemuan ahli parlimen BN di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada semua ahli parlimen termasuk pembangkang.


Peruntukan itu adalah bertujuan bagi membolehkan semua pihak memberi tumpuan kepada menyantuni rakyat  yang terjejas akibat daripada penularan wabak Covid-19.

Menurut Tajuddin, isu itu ada dibangkitkan dalam pertemuan mereka sebentar tadi.

Pada masa sama ahli parlimen Pasir Salak itu menegaskan, BN memberi jaminan akan menyokong belanjawan kerajaan Perikatan Nasional itu.

Muhyiddin akan membentang belanjawan pada Jumaat ini memerlukan sokongan pihak pembangkang bagi meluluskan peruntukan bagi 2021.

Beliau juga sebelum ini mahu mengisytiharkan darurat kesihatan bagi mengelakkan pilihan raya dan meluluskan belanjawan tanpa melalui parlimen.

Bagaimanapun cadangan itu telah dibantah banyak pihak termasuk di dalam kerajaan dan akhirnya tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button