Biadab.. Boleh Pula Pihak Seberang Mainkan Lagu ‘Ramadan Tiba’ Dalam Kelab!
Sedar tak sedar kita sudah melepasi fasa seminggu berpuasa. Puasa bukan sahaja melatih kita menahan diri daripada lapar, dahaga, memaki orang dan melakukan perbuatan yang tidak elok.
Malah mengajar kita untuk mengenang kembali dosa-dosa silam lalu buatlah seberapa banyak ibadah untuk memohon keampunan dan mencari semula pahala-pahala yang hilang.
Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei adalah kategori negara Islam yang cukup popular. Lebih-lebih lagi Indonesia yang dikenali kerana umat Islamnya adalah paling ramai.
Namun demikian, tular satu video dalam group Whatsapp kelibat manusia-manusia yang dipercayai dari negara seberang asyik berkumpul untuk ‘clubbing’ dalam kesamaran cahaya.
Paling mengejutkan DJ yang terlibat memeriahkan sesi ‘clubbing’ pada hari kejadian siap memainkan lagu Ramadan Tiba, nyanyian penyanyi kelahiran negara itu, Opick.
https://www.tiktok.com/@mysuaramerdeka/video/6953809060680518914?sender_device=pc&sender_web_id=6950604536114365953&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
Seperti biasa apabila ‘dosa digital’ sudah tular dalam media sosial, ‘malaikat’ pun tak boleh nak memadamkannya kerana ia akan terus tular tanpa henti dari satu peranti ke peranti lain.
Melihat keadaan itu, majoriti umat Islam yang masih waras fikirannya merasakan sedih dengan situasi yang sedang terjadi kerana menepati kehendak akhir zaman, Islam kembali dihina.
Walaupun nampak kecil, lama-kelamaan ia akan menjadi satu ‘norma baharu’ dan benih generasi pada masa itu langsung tidak peduli dan ambil kisah tentang penghinaan ini.
Jadi sebagai peringatan kepada rakyat Malaysia yang suka ‘clubbing’ terutamanya umat manusia yang ditiupkan roh untuk beragama sebagai Islam, pilihan jalan di tangan anda!