Uncategorized

Pelanggan pukul kepala penghantar makanan dengan tukul besi

POLIS Diraja Malaysia telah menahan seorang pelanggan yang tertindak memukul kepala seorang penghantar makanan dengan tukul besi di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam kejadian petang semalam yang berlaku di perkarangan sebuah pangsapuri menyebabkan mangsa tmenerima sembilan jahitan di kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek berang dengan penghantar makanan terbabit selepas mangsa dikatakan memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan.

“Ktika kejadian, mangsa yang juga lelaki berusia 40 tahun menghantar makanan yang ditempah seorang wanita iaitu pada 4.10 petang.

Sebaik tiba, penghantar makanan terbabit menunggu lama pelanggannya di lokasi bagi menyerahkan makanan.

“Penghantar makanan itu menghubungi wanita berkenaan berkali-kali bagi memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi namun panggilan tidak dijawab.

“Wanita terbabit datang bagi mengambil makanan 10 minit kemudian sebelum penghantar makanan berkenaan beredar pulang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Mengulas lanjut Soffian berkata, kira-kira 20 minit kemudian mangsa dihubungi suspek yang juga suami wanita itu, kononnya mahu memulangkan semula makanan.

Ketika tiba di perkarangan rumah suspek, berlaku pertengkaran antara pengganggur itu dengan mangsa.

“Suspek menuduh mangsa memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya. Suspek kemudian memukul kepala mangsa dengan menggunakan penukul besi,” katanya.

Soffian berkata, suspek ditahan di rumahnya pada 11.15 malam tadi selepas mangsa membuat laporan polis.

Turut dirampas ialah penukul besi yang digunakan sebagai senjata bagi memukul mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.-SM

 

 

 

(Visited 283 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button