Beza pembangkang dahulu dengan sekarang
JIKA dahulu pemimpin Pakatan Harapan ketika menjadi pembangkang sering melempar fitnah, memutar belit fakta dan memburukkan nama Malaysia di luar negara.
Ada yang menabur pesona dengan mereka cipta pelbagai formula kononnya untuk kesejahteraan rakyat.
Namun bila Barisan Nasional menjadi pembangkang para pemimpinnya benar menjadi pembangkang yang membina.
Antara yang sering memberi kritikan membina ialah Datuk Seri Najib Tun Razak.
Teguran terbaharu berhubung kegagalan pemimpin negara menghadiri sidang kemuncak ekonomi di Davos.
Membawa kepada kegagalan menangani hubungan dua hala yang menjejaskan kerjasama ekonomi.
Menurut Najib setiap tahun, pemimpin-pemimpin dunia akan menghadiri persidangan tahunan World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland.
Tahun ini, antara yang hadir termasuk Presiden Trump dari Amerika Syarikat dan Perdana Menteri Singapura.
Di situ, mereka akan berbincang tentang hal ekonomi serta menjalini perhubungan perdagangan antara negara.
Namun, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerajaan PH tidak gagal untuk hadir dua tahun berturut-turut.
India ialah negara pembeli sawit terbesar dunia manakala sawit adalah antara pengeluaran dan eksport Malaysia yang paling penting.
Tahun lepas sebelum kita diboikot akibat kerajaan PH gaduh dengan India, eksport sawit kita adalah lebih tinggi berbanding Indonesia.
Selepas kita diboikot, eksport sawit kita ke sana jatuh ke hampir sifar manakala eksport sawit dari Indonesia ke India melonjak tinggi.
Semalam, media antarabangsa mengeluarkan berita bahawa negara jiran dan India berjaya mencapai persetujuan untuk perhubungan perdagangan antara negara-negara mereka.selepas mereka bertemu di persidangan WEF di Davos.
Minggu lepas, terkeluar berita bahawa Malaysia akan berjumpa dengan India di Davos untuk menyelesaikan pergaduhan antara negara-negara kita.
Namun berita ini dinafikan oleh Menteri perdagangan India dengan alasan mereka terlalu sibuk untuk berjumpa dengan Malaysia.
Tetapi Menteri India ada masa untuk bermesyuarat dengan Indonesia pula.
Negara jiran kita seolah-olah sedang mengambil kesempatan pergaduhan Malaysia dengan India!
Semalam, Indonesia bersetuju untuk meningkatkan import daging kerbau, gula dan komponen otomobil dari India sebagai balasan untuk mengekalkan eksport sawit mereka ke India yang telah jauh meningkat.
Kebimbangan saya ialah kecenderungan India untuk memilih Indonesia dan bukan Malaysia sebagai sumber utama sawit akibar boikot ini akan menjadi satu trend kekal buat jangka masa panjang.
Lagi membimbangkan ialah kerajaan PH seperti tidak peka, tidak sedar atau tidak hirau dengan perkembangan terbaru ini.