Betulkah Perdana Menteri menghadap Agong petang ini untuk dapat perkenan bubar Parlimen?
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada pukul 4 petang hari ini menjadi tumpuan dan perhatian.
Ini ekoran ura-ura Perdana Menteri mahu memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Ini berdasarkan desakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini juga.
Selepas mesyuarat MT UMNO itu Ismail Sabri turut memberi bayangan Parlimen akan dibubarkan pada tahun ini.
Parlimen yang dipilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 akan tamat penggal pada Mac tahun depan.
Berdasarkan jadual rasmi, Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini untuk mempersembah Bajet 2023.
Tetapi desas-desus mengatakan beliau juga akan memohon perkenan pembubaran Dewan Rakyat. – SM