Nasional

Agong lawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara pagi ini

KETIKA ura-ura Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Rakyat, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini berangkat melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dekat Ampang.

Ketibaan baginda disambut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pada lawatan itu, baginda mendengar sembah taklimat secara terus daripada Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai perkembangan terkini ramalan cuaca negara yang ketika ini sedang berada dalam peralihan monsun yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Hadir sama Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dan Ketua Pengarah JPS, Datuk Dr Md Nasir Md Noh.

 


(Visited 86 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button