Berapa pendapatan Veveonah sebagai YouTubers?
VEVEONAH Mosibin pelajar Universiti Malaysia Sabah yang mengundang simpati masyarakat selepas terpaksa mengambil peperiksaan di atas pokok mempunyai 131,000 pengikut atau subscribers YouTube.
Remaja itu kini menjadi perhatian kerana dituduh menipu oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abdul Rahim Bakri selepas menyiarkan video mengambil peperiksaan di atas pokok.
Gadis itu memulakan saluran YouTubenya – Veveonah M. pada 13 Mei lalu. Video pertamanya bertajuk ‘How i Build a traditional under water well’ dan mendapat 164,000 tontonan.
Nama Veveonah terkenal pada pertengahan Jun selepas beliau memanjat pokok bagi mendapatkan talian internet semata-mata untuk menjalani peperiksaan universiti.
Veveonah memuat naik video itu di YouTube dengan tajuk ‘Almost stung by Hornet!!! pada 13 Jun lalu. Video tersebut mendapat 781,429 kali tontonan!
Video itu memaparkan kisahnya menghabiskan masa 24 jam masuk ke hutan dan memanjat pokok untuk menjawab peperiksaan subjek kimia.
Video tersebut menjadi kontroversi apabila Zahidi mendakwa isu dibangkitkan Veveonah dalam YouTubenya adalah palsu kerana pada tarikh tersebut beliau tidak menjawab peperiksaan.
Zahidi mendakwa video itu hanya untuk meningkatkan jumlah tontonan di YouTube milik Veveonah.
Sementara, Rahim yang merupakan Ahli Parlimen Kudat turut mendakwa Veveonah menipu.
Sehingga kini Veveonah telah memuat naik 26 buah video.
Video terkininya dimuat naik pada 31 Ogos lalu bertajuk Waterfall Vacation’. Video tersebut yang mendapat 98,000 kali tontonan.
‘Almost stung by Hornet!!! kisanya mengambil ujian peperiksaan merupakan paling tinggi ditonton iaitu sebanyak 781,429 kali.
Youtube sebenarnya menawarkan pulangan pendapatan yang lumayan. Dan semakin ramai orang menyedari potensi untuk menjana pendapatan melalui YouTube.
Pendapatan di YouTube disumbangkan melalui pengiklanan YouTube AdSense.
Dengan kaedah ini, Google akan memaparkan iklan dalam video YouTube untuk menjana pendapatan pemilik saluran.
Daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui iklan ini, YouTube akan mengambil 45 peratus dan baki 55 peratus akan dibayar kepada pemilik YouTube sebagai komisen.
Beberapa faktor mempengaruhi pendapatan YouTuber antaranya termasuk jenis iklan.
Di YouTube pelbagai jenis iklan dipaparkan. Iklan TrueView dan Bumper akan menjana wang bagi setiap tontonan. Manakala iklan pre-roll menjana wang bagi setiap klik.
Iklan TrueView adalah iklan yang dicaj kepada pengiklan jika penonton memilih untuk menonton iklan tersebut dan caj tidak dikenakan jika penonton melangkau iklan tersebut.
Iklan Bumper adalah serupa tetapi lebih pendek iaitu hanya 6 saat.
Pendapatan YouTuber juga bergantung kepada peratusan klik bagi iklan dalam video. Semakin tinggi klik semakin tinggi bayarannya.
Jumlah pelanggan juga menentukan pendapatan seseorang YouTubers. Dengan beratus ribu atau berjuta pengikut atau subscibers adalah lebih baik.
Menurut SocialBlade, syarikat yang menjejaki saluran YouTube bagi setiap 1 juta tontonan, Youtuber akan memperoleh RM1,000 hingga RM16,000 bagi video yang memaparkan iklan. Lumayan bukan? Berapa agaknya pendapatan Veveonah melalui YouTube.
Selain Veveonah, Malaysia mempunyai ramai YouTuber terdiri dalam kalangan rakyat biasa. Ini termasuk Sugu Pavitha yang kini mempunyai 809,000 subscribers dan berkongsi 53 video di YouTubenya.
Jadi, anda bila lagi mahu membuka YouTube?-SM