BanjirNasional

Berapa kawasan di Kota Kinabalu dilanda banjir kilat

HUJAN lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Tuaran dinaiki air.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan beberapa kawasan seperti kawasan perumahan dilanda banjir kilat.

Kawasan tersebut seperti, Taman Telipok Jaya, Taman Telipok Ria, Kampung Lokub dan Kampung Lorong Pulau, Manggatal.

Selain itu, Kampung Kaulan serta Kampung Rugading, Tuaran turut dilanda banjir kilat.

 

Memetik laporan Free Malaysia Today hari ini, keadaan banjir itu menyebabkan jalan raya serta beberapa kenderaan di tenggelami air.

Air banjir turut menenggelamkan tingkat bawah bangunan kedai turut ditenggelami air.

Susulan itu, kesesakan teruk berlaku di beberapa jalan utama di Kota Kinabalu dan hujan dilaporkan masih lebat.

Namun tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berhenti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button