Nasional

Berang nama dipetik dalam mesej tular Fahmi akan buat laporan polis

PENGARAH Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berang dengan mesej whatsapp pagi kononya beliau mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Istana Negara untuk mengadap dengan Yang di-Pertuan Agong.Isi kandungan mesej itu juga meminta rakan-rakan media berada di hadapan Istana Negara untuk membuat liputan.

Ekoran itu beliau memaklumkan akan membuat laporan polis  atas fitnah yang mengaitkan dirinya dengan mesej palsu itu.

“Saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak ada keluarkan  sebarang mesej sebegitu rupa. Ini adalah satu taktik yang cukup jelek, kotor.

“Dan saya akan buat laporan polis kerana nama saya telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan satu keadaan yang tidak benar, palsu, fitnah dan motifnya adalah motif politik,” katanya di lobi Parlimen hari ini seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Gazette. 

Anwar telah hadir di Parlimen awal pagi ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai  meminta pengamal media mendapatkan pengesahan terlebih dahulu jika ada sebaran mesej yang sebegitu pada masa akan datang.

“Jadi saya kita rakan media untuk sentiasa berhubung terus dengan saya boleh hubungi saya untuk mengesahkan sebarang maklumat terutama sekiranya nama saya digunakan,” ujarnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button