Bera juga boleh jadi destinasi pelancongan popular
SALAH satu perkara yang disentuh dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) ialah sektor pelancongan yang mana menteri MOTAC, Nancy Shukri telah menyatakan mahu melihat Ahli Parlimen yang bertanding di Santubong membangunkan daerah itu sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong.
Memikir sejenak apakah perkara yang sama boleh dilakukan untuk daerah Bera, Pahang yang mana bagi mereka yang tidak pernah eksplore kawasan di situ, pasti akan menyatakan, tiada apa yang menarik perhatian.
Jangan terkejut jika Bera dan kawasan yang berhampiran dengan daerah itu boleh dibangunkan lagi dan menjadi industri pelancongan.
Di Bera ada Tasik Bera Resort, ada Bukit Senorang yang menjadi tempat Look Out Point dan ada De Bana Recreational Park.
Kalau daerah Temerloh menjadi tempat persinggahan pelancong tempatan yang gemarkan ikan patin masak tempoyak, pasti Bera juga mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk menggamit pelancong singgah di Bera.
Sebagai Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pastinya mahu melihat daerah Bera bukan kekal status quo.
Beliau giat turun padang untuk bersama-sama dengan rakyat bukan sekadar berkempen tetapi juga melihat potensi Bera sekiranya dijadikan destinasi pelancongan.
Hari ini, Ismail Sabri akan memulakan program bertemu rakyat pada sebelah petang iaitu sesi ramah mesra dengan penduduk yang tinggal di kawasan Kg Batu Bor.
Masa yang diluangkan untuk bertemu penduduk di situ di Dewan Belia dan inilah masanya dan kesempatan untuk penduduk bersua empat mata dengan Perdana Menteri Ismail Sabri.
Selepas itu, Ismail Sabri akan berada di Dewan RTP Kampung Awah. Ya, pernah dengah nama Kampung Awah dan pastinya masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut menanti-nantikan kehadiran seorang Perdana Menteri dan juga Wakil Rakyat mereka.
Perdana Menteri Ismail Sabri kemudiannya akan bertemu dengan penduduk Kampung Paya Mengkuang Ladang di Bilik Gerakan Kampung Paya Mengkuang Ladang sekitar pukul 5.30 petang nanti.
Pada sebelah malamnya pula, ada tiga program yang akan dihadiri Ismail Sabri dengan sembang Santai bersama penduduk Taman Prima Sentral menjadi penutup program Perdana Menteri untuk hari ini. – SM