NasionalNegeri

Tekong, dua awak-awak ditahan tangguk 150 kg siput retak seribu

DEGIL. Itu yang dapat dikatakan kepada segelintir nelayan yang lagi melakukan kerja menangguk siput retak seribu yang diharamkan di perairan Perlis.

Kerajaan telahpun mewartakan Perlis sebagai tempat habitat bagi pembiakan baka siput retak seribu.

Seorang tekong dan dua awak-awak ditahan kerana menangguk siput retak seribu secara haram di perairan Perlis. Gambar: Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis.

Terbaharu seorang seorang tekong dan dua awak-awak berumur 21 hingga 33 tahun ditahan setelah menangguk siput retak seribu sebanyak 150 kilogram (kg).

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, perkara ini dikesan oleh pasukan rondaan Op Aman dan Op Benteng Laut setelah menerima maklumat awam yang disalurkan melalui Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis telah berlaku pencerobohan oleh bot menangkap siput.

“Sebuah bot fiber tiada nombor pendaftaran telah ditahan pada kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika dari barat daya pesisir Sungai Berembang pada pukul 6.30 petang semalam,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bot berpangkalan di Jeti Kuala Perlis itu didapati telah menangguk siput retak seribu secara haram.

Siput retak seribu yang ditangguk secara haram. Foto: Ihsan Zon Maritim Kuala Perlis.

“Kesemua awak-awak termasuk tekong, bot dan hasil tangkapan siput yang dianggarkan bernilai RM 36,355 tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes ini akan dirujuk mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (a) kerana mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan. – SM

(Visited 432 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button