“Benda Boleh Ditolak, Dia Memilih Sedap”, Awie Sifatkan Zul Ariffin ‘Gatal’!
“Itu dia (Zul Ariffin) gatal sebenarnya. Benda boleh ditolak, tapi dia memilih sedap. Dia terimalah benda itu (hukuman).”
Demikian jawapan ‘selamba’ pelakon, penyanyi dan penerbit, Datuk Awie mengenai isu kontroversi video mengandungi babak panas membabitkan pelakon popular, Zul Ariffin yang tular, baru-baru ini.
Awie berkata, tindakan Zul itu seperti menconteng arang kepada industri hiburan tanah air.
“Pada saya, dia sudah menconteng arang kepada industri yang berkonsepkan Islam, khususnya di Malaysia kerana industri kita masih lagi tidak ada sifat keterbukaan dalam sudut sebegitu.
“Benda itu (babak ranjang) tak wajar, kalau nak buat, buatlah di Singapura ke, Indonesia ke, Filipina ke lainlah…benda boleh tolak tapi dia memilih sedap, jadi dia kena terimalah benda (hukuman) itu,” katanya.
Menurut Awie, dia tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak, namun berpendapat lakonan babak itu boleh dielak bergantung kehendak seseorang pengarah ataupun pelakon.
“Dari sudut seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber, mereka boleh masukkan unsur-unsur Islamik dalam lakonan atau tidak.
“Kalau tidak, maka dia nak ‘go’ (jadi) profesional dan ‘go’ profesional ini hukumnya tiada. Dia akan ‘all out’ (tiada batas), tapi kalau dari sudut Islamik, maka ada hukum tertentu yang mereka perlu ikuti.
“Pandangan saya, dari sudut Islam tentulah tak elok, kita nampak sebagai satu (adegan) ranjang, tapi dari sudut lakonan yang mereka tak memikirkan soal itu, itu terpulang pada mereka,” katanya pada sidang media Showcase Raikan Cinta Ramadan Wings di sebuah hotel, semalam
Dalam pada itu, Awie turut mencadangkan pengarah menggunakan kreativiti untuk menggunakan unsur metafora bagi adegan sebegitu dan bukan secara lakonan fizikal.