Belang Bertempat

Benarkah bagai dikata: Projek PengWahabian Malaysia?

TULISAN oleh Datuk Dr. Ramalan Yunus @ Reset Malaysia menarik perhatian dan sekaligus persoalan untuk renungan bersama. Dalam tulisannya, beliau berkata, dari awal lagi beliau sudah mengingatkan semua pihak bahawa ancaman terbesar negara ini adalah daripada pentadbir kerajaan hari ini.

“Saya tidak main-main dengan kenyataan saya itu. Saya bukan bermain politik. Ini kerana saya tidak pernah main-main dengan politik.

“Alasan utama saya adalah kerana beliau (dirujuk kepada Perdana Menteri) telah melantik seorang pendakyah Wahabi sebagai Menteri Agama.

“Di dalam sebuah negara Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.

“Akibat dari pelantikan tersebut, para pendakyah Wahabi semakin mendapat tempat dalam media arus perdana di negara ini,” dakwa Dr. Ramalan dalam tulisannya yang dikongsi dalam aplikasi WhatsApp.

Dr. Ramalan dalam catatannya yang sama, turut menzahirkan rasa gusarnya atas lawatan yang dilakukan oleh Menteri Agama ke Kota Suci Madinah baru -baru ini.

“Ini bukan soal bagaimana beliau ke sana. Ini bukan soal beliau ke sana dengan menaiki private jet mewah. Tetapi lebih menjurus kepada motif dan misi beliau ke sana.

“Kunjungan hormat beliau ke Universiti Islam Madinah, telah disambut dengan begitu mesra oleh Presiden Universiti Islam Madinah, Yang Mulia Putera Mamdouh Bin Saud Bin Thunayan Al Saud.

“Beliau bukan disambut dengan kata-kata Selamat Datang tetapi Selamat Kembali kerana beliau adalah merupakan alumni dari Universiti Islam Madinah.

“Hasil kunjungan tersebut, pada hantaran di Facebook, beliau dengan penuh bangga telah mengumumkan beberapa program dengan universiti tersebut termasuk biasiswa tanpa had kepada para pelajar dari Malaysia,” dakwa Dr. Ramalan dalam tulisannya itu.

Dr. Ramalan membangkitkan, apa maksud dari semua ini ? Tidakkah ini bermakna beliau sedang menjalankan agenda untuk mengWahabikan Malaysia ?

Nauzubillahi min zalik !

Pada hemat Dr. Ramlan lagi, bukankah Malaysia ini sebuah negara Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah ?

“Kalau tak percaya, rujuklah perlembagaan negeri-negeri. Bukankah inisiatif seperti ini bertentangan dengan perlembagaan negeri-negeri dan negara ?

“Apa jadi dengan fatwa  mengenai fahaman Wahabi yang telah diwartakan di negeri-negeri dan juga negara ? Fatwa itu tak sah ke atau macam mana ?

“Kalau sah, kenapa tak dihormati dan dijunjung tinggi, apatah lagi oleh seorang yang bertaraf Menteri Agama?,” soal beliau.

Bagaimana seorang anggota Kabinet Malaysia sendiri tidak menghormati perlembagaan negara/negeri dan fatwa mengenai fahaman Wahabi yang telah pun diwartakan? soal Dr. Ramalan dalam tulisannya.

Kata Dr. Ramalan, kalau nak berpegang dengan fahaman Wahabi secara individu, silakan!

“Tetapi untuk mengarus perdanakan fahaman Wahabi, itu satu bentuk penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu dan negara ini.

“Ini adalah satu bentuk kesalahan jenayah yang cukup besar. Apa nak jadi dengan negara ini?,” catat Dr. Ramalan.

Tulis Dr. Ramalan lagi, sepatutnya tidak timbul, seorang menteri Kabinet sampai tidak tahu langsung mengenai national interest, threat and security.

“Tak tahu, tak faham atau memang tak peduli ? Kalau ini bukan satu bentuk pemberontakan dan penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan negara, lalu kita nak panggil apa?,” kata Dr. Ramalan.

Beliau menegaskan, ini perkara yang cukup besar dan teramat serius buat rakyat dan negara ini.

Seluruh para ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah wajib bangkit! Pertahankan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah, warisan nenek moyang kita di negara ini. Negara ini sedang dijajah oleh golongan Wahabi, ujar Dr. Ramalan.

Ramai di negara ini yang sudah sedar bahawa golongan Wahabi dan Kristian Evangelist adalah golongan yang kuat menyokong Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM, kata Dr. Ramalan.

“Ini satu gerakan untuk menggulingkan Raja-Raja Melayu dan menjadikan negara ini sebuah negara Republik Sekular.

“Sampai bila gerakan ini akan dibiarkan terus berleluasa di negara ini tanpa sebarang tindakan yang tegas dari pihak berkuasa ?

“Saya ingatkan, tidak mengambil sebarang tindakan ke atas perkara ini boleh di anggap sebagai bersubahat. Rujuk akta @ kanun yang berkaitan.

“Sudah banyak kali saya mengingatkan semua pihak mengenai bahaya dan ancaman dari Gerakan Subversif Republik Malaysia. Saya ingatkan semua pihak, jangan sampai nasi jadi bubur,” tambah Dr. Ramalan lagi.

Mengakui tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan namun sekurang-kurangnya, nota-nota saya akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT suatu hari nanti bahawa saya sudah berusaha dengan segala kemampuan saya untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara, kata Dr. Ramalan. – SM

(Visited 1,782 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button