Politik

Benarkah Anwar Ibrahim ikhlas nak kerjasama dengan UMNO? – Isham Jalil

KALAU perkara boleh dibawa bincang, kenapa perlu bergaduh? Isu semalam taklah basi untuk catatan hari ini, esok dan mungkin berlanjutan sehingga tibanya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.

Petang semalam sekitar pukul 4.30 petang, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan satu sidang media yang menarik perhaian ramai.

Anwar Ibrahim

Sidang akhbar itu dibayangkan menjurus kepada kerjasama atau kolaborasi di antara dua parti iaitu PKR dan UMNO.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil memberi pendapatnya tentang sidang akhbar semalam untuk difikir-fikirkan.

“Pada hemat saya, kita terbuka untuk pertimbang kerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan mereka ikhlas dan jujur dalam kerjasama tersebut dan jika ia untuk menentang dan menolak pengkhianat.

“Dan ia (kerjasama) itu juga bergantung kepada penerimaan akar umbi UMNO dan pucuk pimpinan parti,” kata Isham menerusi catatannya semalam.

Menurut Isham, beliau tidak merasa bahawa akar umbi UMNO akan menerima kerjasama ini jika tujuan Anwar semata-mata kerana ingin menjadi Perdana Menteri.

“Jika ini tujuannya maka samalah niatnya seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu iaitu menggunakan UMNO untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi Perdana Menteri.

“Dan seperti biasa, apabila habis madu, sepah akan dibuang. Kita tidak boleh lagi menerima kerjasama “scheme of things”,” ujar beliau.

Isham menambah, jika Anwar ikhlas untuk bekerjasama dengan UMNO maka dia perlu terima hakikat bahawa dia tidak boleh memaksa UMNO untuk menerimanya sebagai Perdana Menteri.

Bendera UMNO dikibarkan

“Sebelum ini kita telah cuba selama 22 bulan bersama Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) dan 12 bulan bersama Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) atau 34 bulan bersama Perdana Menteri PPBM dan ia telah gagal untuk membawa kestabilan politik dan ekonomi negara.

“Perdana Menteri PKR (PH) tidak akan merubah keadaan ini. Oleh itu, jika Anwar ingin bekerjasama dengan UMNO, dia tidak boleh jadi Perdana Menteri,” jelas Isham.

Beliau juga berkata, “pada pandangan saya, Perdana Menteri perlu datang dari parti yang paling besar dengan akar umbi Melayu Islam yang paling ramai iaitu UMNO.

“Ini kerana negara ini masih lagi majoriti Melayu dengan kumpulan terbesarnya umat Islam dan selama ini UMNO yang berterusan banyak memperjuangkan kumpulan ini tanpa meminggirkan atau mengenepikan hak-hak kaum-kaum lain.”

Isham juga berkata, perkara ini amat penting untuk kestabilan politik justeru kestabilan ekonomi dan sosial negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button