Hiburan

Bekas tunang lepas tangan: Anju tanggung hutang pagar rumah RM70,000

SELEPAS putus pertunangan dengan Datuk Seri Khazrul Ezley, pempengaruh atau influencer media sosial, Zarina Anjoulie mendedahkan dia terpaksa menanggung hutang pagar rumah yang kos keseluruhannya, RM100,000.

Zarina Anjoulie yang lebih popular dengan panggilan Anju, bermulut celupar dan laju dalam mengeluarkan kata-kata dan dipandang oleh netizen sebagai bukan sahaja kaki gaduh tetapi kaki kikis bekas tunangnya itu mendedahkan, pagar rumah berharga kayangan itu adalah pemberian Datuk Seri Khazrul.

Sepanjang mereka bertunang, harga pagar rumah itu baharu dibayar RM30,000, jadi selepas putus pertunangan, baki RM70,000 lagi ditanggung oleh Anju!

Betullah tu, tak kan selepas putus tunang, Datuk Seri Khazrul tetap nak kena bayar lagi RM70,000 kos pagar rumah?

Lainlah hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin. Ini separuh jalan sahaja, faham-fahamlah ya!

Menurut pencerahan daripada Anju, pada mulanya dia tidak berkehendakkan pagar itu kerana harganya terlalu mahal.

Bagaimanapun, Anju mendakwa, Datuk Seri Khazrul sendiri yang mahu membayar kos pembinaan pagar rumah tersebut.

Kini, apa yang ditakutkan oleh Anju, takut termakan budi, akhirnya makan diri!

Anju berharap isu pagar rumah ini tidak lagi menjadi bualan orang ramai kerana dia dan bekas tunangnya itu sudah tiada apa-apa hubungan lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial perbalahan di antara Anju dan Datuk Seri Khazrul.

Menerusi platform media sosial jugalah dapat meleraikan kekusutan ikatan pertunangan yang putus itu.

Punca pertunangan putus, disebabkan oleh sikap ego dan Anju turut menyeru agar Datuk Seri Khazrul menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab. – SM

(Visited 2,153 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button