Nasional

Bekas Setiausaha Politik Menteri bakal didakwa, rasuah RM5 juta

Seorang bekas Setiausaha Politik Menteri bakal didakwa di mahkamah kerana dipercayai terlibat dengan kes rasuah berjumlah kira-kira RM5 juta berhubung tender projek di sebuah kementerian.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40an itu dikatakan bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Kuala Lumpur pada esok.

“Suspek juga dijangka akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada 23 Oktober 2020 atas kesalahan sama dengan beberapa pertuduhan lagi.

“Suspek dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian itu dan menerima suapan daripada beberapa individu menerusi beberapa transaksi,” katanya.

Sementara itu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan perkara ini ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan tiga lagi pegawai kanan agensi di bawah kementerian berkenaan yang disiasat sebelum ini dalam kes yang sama turut akan didakwa dalam masa terdekat kerana menerima rasuah. -SM

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button