MahkamahNasional

Bekas pengetua maahad tahfiz didakwa lakukan amang seksual lima pelajar

SEORANG bekas pengetua maahad tahfiz di Batu Gajah, Perak dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di Ipoh atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki, tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Azizul Yahya, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang belum berkahwin didakwa melakukan perbuatan itu ke atas lima pelajar lelaki yang berusia antara 13 hingga 15 tahun di sebuah maahad tahfiz dalam daerah Batu Gajah, Perak antara Februari hingga Oktober tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga 14, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut dengan cara menghisap dan menyentuh kemaluan, melakukan onani serta mencium bibir.

Pendakwaan terhadap Azizul itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a), 14(b) dan 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Azizul turut berdepan satu pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal ke atas seorang mangsa dengan cara menunjukkan video lucah pada pukul 7.30 pagi, 18 Oktober tahun lalu di lokasi sama.

Oleh itu, Azizul turut didakwa di bawah Sekyen15(e) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Syahrul Nizam Mohd. Rabi.

Terdahulu, Afiqa Liyana memohon tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh kerana mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan serius yang dilakukannya. -SM

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button