Nasional
Trending

Bekas Pengarah Urusan MAS Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia

BEKAS Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, 86, meninggal dunia semalam, akibat komplikasi kanser.

Perkara itu disahkan melalui catatan Facebook anak Allahyarham Anita Azrina, yang turut memaklumkan bapanya meninggal dunia pada pukul 11.51 malam.

“Doakan Allah redha, beri keampunan dan rahmati ayahanda Abd Aziz dan dipermudahkan segala urusan seluruh keluarga kita semua,” katanya dalam catatan itu.

Allahyarham yang menghidap kanser esofagus, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dan jenazah di bawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara, di sini pada pukul 9 pagi untuk disolatkan, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Abdul Aziz mula menyertai syarikat penerbangan itu pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/ Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang MAS, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 1982 dan bersara pada 1991.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Salam takziah buat seisi keluarga Allahyarham…jasa kamu (Allahyarham) akan dikenang oleh warga pekerja MAS,” menurut catatat Facebook kesatuan itu.- BERNAMA

(Visited 456 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button