Luar Negara

Menara kawalan Changi dikosongkan, 50 penerbangan tertunda

OPERASI penerbangan di Lapangan Terbang Changi Singapura terganggu pada 12.10 tengah malam tadi setelah Menara Kawalan Changi terpaksa dikosongkan.

Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), menara kawalan itu terpaksa dikosongkan berikutan sistem halangan kebakaran diaktifkan.

Operasi penerbangan pulih pada pukul 1.40 pagi apabila menara kawalan itu kembali beroperasi, jelas CAAS.

“Buat sementara waktu, perkhidmatan kawalan lalu lintas udara disediakan daripada khidmat sokongan,” menurut CAAS dalam catatan di laman Facebooknya kira-kira pukul 5 pagi hari ini.

Semasa tempoh berkenaan, CAAS memaklumkan bahawa terdapat 50 penerbangan berlepas tertunda selama 30 minit atau lebih manakala sembilan penerbangan ketibaan dilencongkan.

“Tiada kebakaran. Siasatan terhadap punca pengaktifan berkenaan sedang berjalan,” jelas pihak berkuasa itu lagi. – BERNAMA

Tags
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button
error: Isi kandungan ini di lindungi dari Copy & Paste !!
Close
Close