Nasional

Bekas Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Nora’i Mohd Said meninggal dunia

Bekas Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said meninggal dunia pada jam 5.40 pagi tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam hantaran di akaun Facebook beliau yang menyuarakan rasa dukacita di atas pemergian Nora’i.

“Salam takziah buat ahli keluarga dan kenalan allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Pemergian allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Al-Fatihah,” katanya.

Nora’i, 60, mula berkhidmat sebagai Pengarah Hospital Putrajaya kelapan pada 16 Oktober 2008 sehingga bersara wajib pada 11 Mac 2023 lalu.

Allahyarhamah adalah yang paling lama menerajui Hospital Putrajaya iaitu selama 15 tahun.

Warga kerja SUARA MERDEKA turut mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. – SM

BACA Hospital Putrajaya buat laporan polis dua video tular perlekeh paramedik

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button