Nasional

Bekas Menteri Pendidikan, Naib Canselor USM, Musa Mohamad meninggal dunia

BEKAS Menteri Pendidikan Musa Mohamad meninggal dunia semalam pada usia 81 tahun selepas selepas sekian lama bertarung dengan kanser.

Musa yang dilahirkan di Bagan Datuk, Perak bukan ahli politik pertama memegang jawatan Menteri Pendidikan dari 1999-2004.

Beliau adalah bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dari 1982-1995 dan kemudiannya pengerusi Universiti Multimedia dan Majlis Universiti UCSI.

Anak perempuannya, Aisya Natasha berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.12 malam. Jenazah beliau dijangka dikebumikan hari ini.

Timbalan Pendaftar Kanan USM Mohamad Abdullah berkata Musa membantu meletakkan asas kukuh universiti itu dalam sains perubatan dan kejuruteraan.

“Beliau seorang yang tegas dan berpandangan jauh (yang juga) periang, berprinsip, dan berhati mulia,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button