Politik

Bekas Ketua Hakim Negara nyatakan sokongan kepada calon Warisan

SELEPAS pelbagai desas-desus mengatakan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bekas ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum akhirnya tampil menyatakan sokongan kepada calon UPKO di Kota Belud pada hujung minggu lalu.

Beliau pada Sabtu lalu telah melancarkan mesin pilihan UPKO di Kadamaian, dalam Parlimen Kota Belud dan dalam ucapannya menyatakan sokongan kepada pemerintahan pimpinan Parti Warisan Sabah.

“Dalam tempoh kempen ini, kita mesti ingat bahawa banyak pihak mendakwa bahawa mereka memperjuangkan hak-hak Sabah. Tetapi adakah mereka benar-benar ikhlas?

“Kami mahu parti-parti tempatan yang ikhlas dalam perjuangan mereka untuk mengembalikan hak-hak Sabah, bukan pihak-pihak yang mencalonkan diri untuk membuat ‘pintu belakang’ yang lain untuk membolehkan UMNO masuk sekali lagi ke Sabah untuk mengawal kami. Hati-hati dengan itu,” katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

Malanjum, yang bersaran tahun lalu setelah 28 tahun berkhidmat dalam bidang kehakiman, telah menimbulkan spekulasi bahawa akan bertanding di kerusi Bingkor atau Moyog.

Malanjum dilihat sebagai penyokong kuat Warisan dan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button