Negeri

Bekas doktor pelatih tidak dibuli sebelum bunuh diri

SIASATAN Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) terhadap kes seorang doktor pelatih lelaki yang membunuh diri mengesahkan mendiang tidak dibuli.

Pengarahnya, Datuk Dr Asmayani Khalib berkata, Hospital Pulau Pinang tempat mendiang bertugas tidak menerima sebarang laporan kejadian buli di hospital tersebut.

Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) tersebut sudah meletak jawatan pada 3 Disember lalu sebelum beliau mengambil tindakan untuk membunuh diri.

Menurut Dr. Asmayani mendiang memberi alasan tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan di HPP dan mendapat kerja lain ketika meletakkan jawatan.

“Namun jabatan ini dan pihak HPP akan memberi sepenuh kerjasama kepada polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan doktor pelatih berusia lingkungan 20-an itu ditemui maut di rumahnya dekat Bukit Jambul pada Selasa lalu.

Mangsa tamat belajar pada 2018 di Institut Perubatan Manipal sebelum bertugas di HPP.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk berhenti sebelum membunuh diri.-SM

(Visited 526 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button