Nasional

Bekas ADUN Sungai Udang meninggal dunia

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang dan Mantan Pengerusi Veteran UMNO Melaka, Datuk Noordin Yaani, meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, akibat sakit tua, petang semalam.

Allahyarham Noordin, 81 yang juga bekas ahli EXCO negeri, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.20 petang selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital berkenaan akibat tekanan darah rendah dan mengalami masalah pernafasan.

Pemergian tokoh politik Melaka itu disahkan oleh cucu saudara Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan.

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Pengkalan, Alor Gajah dan akan dimandi serta disembahyangkan di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah jam 9 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak.

Allahyarham meninggalkan dua balu dan lapan anak.

Allahyarham menjadi ADUN Sungai Udang selama sepenggal selepas memenangi kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1995. Beliau dilantik sebagai EXCO Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Allahyarham pernah dilantik sebagai Pemangku Presiden Veteran UMNO Malaysia selain menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Rahim Tamby Chik. – SM Melaka

(Visited 447 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button