Hiburan

Bekalan air rumah Zarina Zainuddin kena potong

BEKALAN air bersih ke rumah pelakon Zarian Zainuddin telah dipotong hari ini.

Pelakon itu dalam satu hantaran di media sosialnya berkata, dia terkejut dengan tindakan Pengurusan Air Selangor yang memotong bekalan air ke rumahnya.

Menurut Zarina bil air tidak sampai ke rumahnya dan menyebabkan beliau tertanya mengapa bekalan air ke rumahnya disekat.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan secara tiba-tiba itu menyusahkan keluarganya terutama anaknya yang merupakan seorang pengidap autisme.

“Bil tak sampai tetiba air dah kena potong . Ada akal ke kenapa bil api boleh sampai elok bil air tak sampai sampai tetiba air kena potong. Terima kasih banyaklah.

“Kes macam ni saya nak rujuk kat mana? Anak saya mana tau air tak ada ke api tak ada ke dia cukup masa kencing berak cari toilet pastu nak cuci dengan apa ke.

“Saya ni bukannya pandai sangat last-last nanggis jer la. Sapa tau tolong share info,” kata Zarina. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button