Nasional

Basmi Janda: MRM bantu Hj. Joe saman Siti Kasim

MULTIRACIAL Reverted Muslims (MRM) sebuah badan bukan kerajaan akan membantu Hj. Joe yang menjadi mangsa fitnah di media sosial berkaitan ‘kempen membasmi janda’ untuk menyaman peguam Siti Kasim.

Pengerak MRM yang juga pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung berkata, Hj Joe telah berhubung dengan pihaknya untuk berbincang lebih lanjut mengenai tindakan yang diambil terhadap sebaran di media sosial berbentuk fitnah tersebut.

Menurut Firdaus, MRM membuat keputusan untuk membantu Hj. Joe kerana mereka tidak mahu menyekat pihak yang mahu menghina orang muslim dan memperlekehkan ajaran Islam.

“InshaAllah kami akan membantunya saman individu-individu yang telah menyebarkan gambarnya yang telah diedit dengan caption yang menghina serta memfitnah dirinya.

“Minta maaf ataupun tidak, sepatutnya ikut kata Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasalam iaitu berkata baik ataupun diam.

“Zaman mereka bermaharajalela menghina muslim, memperlekehkan muslim dan ajaran Islam sudah berakhir. Kami di MRM mempunyai unit khas undang-undang yang akan memantau dan mengheret mereka yang celupar ini ke mahkamah,” kata Firdaus.

Siti Kasim sebelum ini berkongsi foto Hj Joe memegang sepanduk yang ‘Kempen Basmi Janda’ di Facebooknya.

Dalam perkongsian itu Siti Kasim menulis, “Bukan nak cakap apalah kann… aku ingat janda pon tak nak muka-muka lahabau ni. Haha… dia orang ingat janda sekarang desperate ke or janda aka kelas mata dia orang buta ker… hahaha. Bodow punya jantan-jantan Melayu… tak ada mende lain dia orang nak pikir kan? Sengal.”

Bagaimanapun gambar yang dikongsi oleh peguam itu telahpun disunting dari gambar asal Hj. Joe memegang sepanduk berbunyi ‘Jangan Zalimi Felda’.

Menurut Hj. Joe, dia menerima banyak mesej dan panggilan telefon termasuk daripada kawan-kawan anaknya berkaitan kesahihan gambar yang dikongsi oleh Siti Kasim itu.

“Saya anggap ia adalah gurauan di Facebook. Tanpa membaca apa yang ditulis oleh beliau. Malas nak layan. Lagipun saya tengah memandu.

“Anak sulung saya menghubungi saya mengatakan ramai kawan-kawannya menghubungi beliau dan bertanyakan hal yang sama.

“Kemudian di WhatsApp isteri saya, bertalu-talu WhatsApp daripada kawan-kawannya menanyakan hal yang sama.

“Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Bertalu-talu menanyakan hal yang sama,” kata Hj. Joe.

Berikutan itu Hj. Joe mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap peguam tersebut.

“Saya “screenshot” tulisan dan komen dalam hantaran tersebut. Saya hubungi Siti Kasim melalui mesengger beliau dan mohon beliau padamkan hantaran tersebut. Tidak berjawab.

“Kemudian saya tulis hantaran di facebook menawarkan peguam untuk mewakili saya untuk menyaman Siti Kasim. Bertalu-talu peguam menawarkan diri. Siti Kasim ada menjawab keesokan harinya di mesengger,” kata Hj. Joe.

Siti Kasim yang menyedari kesilapan dilakukannya telah memadam hantaran tersebut dan telah memohon maaf kepada Hj. Joe secara terbuka di Facebook.

“Saya tidak ada keraguan untuk meminta maaf sekiranya saya melakukan kesilapan.

“Seperti yang anda semua ketahui, saya sendiri menjadi mangsa dengan gambar yang diedit dan dipanggil nama pelbagai jenis. Saya hanya manusia biasa dan saya membuat kesilapan dengan tidak memeriksa kebenaran foto tersebut.

“Sekali lagi, saya memohon maaf kepada Hj Joe dengan kesilapan saya,” kata Siti Kasim.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button