Mahkamah

Syarikat, pengarah bekal daging didakwa guna logo halal tidak diperakui

SEBUAH syarikat pembekal daging dan dua pengarah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui oleh pihak berkuasa.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat Raihanah Cold Storage Sdn. Bhd. didakwa telah memperakui perkhidmatan makanan halal itu dengan menggunakan logo halal tanpa diperakui oleh pihak berkuasa pada sebuah lori Isuzu.

Syarikat berkenaan dituduh melakukan perbuatan tersebut di premis perniagaannya terletak di Taman Perniagaan Setia di sini pada pukul 1 petang, 1 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8 (A) perintah yang sama.

Jika sabit kesalahan, syarikat itu boleh didenda maksimum RM200,000 dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, didenda sehingga RM500,000.

Bagi pertuduhan kedua, Rahman Sheik Abdullah, 44 dan dan isterinya, Raihanah Kasim, 42 selaku pengarah syarikat Raihanah Enterprise didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah lori model Mitsubishi di lokasi dan waktu yang sama.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum di bawah Perenggan 8 (B) perintah yang sama dan dibaca bersama Sesyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, didenda sehingga RM200,000 atau penjara maksimum lima tahun.

Rahman dan Raihanah bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button