Nasional

Bas persiaran terbalik di Bentong, dua terbunuh

DUA penumpang maut sementara 11 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah bas persiaran terbalik di Kilometer 51.4 arah timur Lebuh Raya Karak Bentong berhampiran Bukit Tinggi pada awal pagi ini.
Mangsa yang terlibat adalah sebahagian daripada 20 penumpang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, dua penumpang yang maut adalah seorang lelaki warga asing dan seorang wanita yang tidak dapat disahkan kewarganegaraannya.
Pada masa sama, dua warga tempatan dilaporkan cedera parah termasuk pemandu dan seorang penumpang wanita.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button