Hiburan

Bapa mentua MK K-Clique meninggal dunia, sempat bina rumah agam untuk pelajar tahfiz

Bapa mentua kepada penyanyi terkenal MK K-Clique, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad disahkan meninggal dunia pada malam Ahad. Pemergiannya disahkan oleh isterinya yang merupakan seorang aktres Datin Seri Noniswara Baharuddin melalui media sosial miliknya.

Nonis, 54, berkata, jenazah suaminya akan dimandikan dan di sembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi Isnin sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.

Aktres itu berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.

Datin Seri Noniswara Baharuddin dan Arwahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

MK K-Clique turut berkongsi hantaran berupa ucapan takziah mengenai berita sedih itu.

Pada 16 Jun lalu, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Related Articles

Allahyarham pernah membina sebuah agam di Kampung Batu Gading, Temerloh yang di inspirasikan dari beberapa buah negara dari Asia Barat.

Rumah agam yang dibina oleh Arwahyarham, inspirasi dari negara Asia Barat, China, Uzbet dan lain-lain

Rumah agam tersebut dijadikan pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung demi mendalami ilmu agama islam sebagai bekalan dunia dan akhirat.

Artikle Baerkaitan:>

Selepas Fendi Bakri, Nabila Razali kini pilih MK K-Clique

MK bangkit semangat pelajar SPM 2022

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button