fbpx
Hiburan

Selepas Fendi Bakri, Nabila Razali kini pilih MK K-Clique

DARIPADA seorang lelaki yang selalu beraksi garang di pentas dengan lirik-lirik dalam lagunya kepada seorang yang sangat romantis.

Itulah pertukaran karakter yang dilakukan Nabila Razali terhadap MK K-Clique yang menjadi hero dalam muzik video terbaharu wanita itu berjudul Peluang Kedua.

Mengulas mengenai pemilihan MK, jelas Nabila, dia sendiri pada awalnya berasa cuak apatah lagi sering dipertontonkan dengan imej ala-ala gangster oleh ahli kumpulan K-Clique itu.

“Kita dah terbiasa lihat dia dengan ahli-ahli K-Clique yang lain. Selalu nampak dia macam seorang yang gangster tetapi sebenarnya tidak.

“Bila dah bekerja dengan dia, baru saya tahu yang MK sebenarnya seorang romantis dan sangat merendah diri.


BACA> Orang hanya nampak salah salah – Nabila Razali

“Dalam pembikinan muzik video pun dia banyak bertanya dan berkongsi idea kerana dia inginkan hasil yang terbaik daripada dirinya,” katanya.

Ini adalah kali ketiga Nabila menampilkan lelaki dalam video klipnya iaitu selepas Aedy Ashraf menerusi lagu Pematah Hati dan Fendi Bakry dalam lagu Vroom Vroom.

Menurut Nabila, dia memilih MK kerana sudah terlalu ramai pelakon yang membintangi muzik video penyanyi-penyanyi lain.

“Lagipun MK sebelum ini pernah memberi reaksi berkenaan lagu Peluang Kedua dan dalam video reaksi itu juga, MK memberi pendangannya mengenai jalan cerita lagu tersebut.

“Daripada situ yang terfikir hendak mengambil dia dan wujudlah penceritaan daripada lelaki pula dalam muzik video menerusi rap MK,” katanya.

BACA> Nazmi Irfan kembali selepas lima tahun menghilang

Lirik rap MK yang diselitkan dalam muzik video itu juga menurut Nabila memberi aura baru kepada lagu asal.

Muzik video lirik Peluang Kedua sebelum ini sudah mencapai lebih 12 juta tontonan di YouTube dan muzik video terbaharu ini sudah mencatat 1.3 juta tontonan selepas ditayangkan semalam.

Lagu Peluang Kedua versi baharu ini juga boleh didapati di semua pelantar strim bermula Jumaat ini. -SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button