fbpx
Nasional

Bapa Dr. Wan Azizah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Ismail Wan Mahmood, bapa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi tadi.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah memaklumkan perkara itu menerusi tweeter rasminya awal pagi ini, iaitu; “Dukacita dimaklumkan Dato’ Dr Wan Ismail Wan Mahmud, ayahanda kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah awal pagi ini”.

Jenazah Allahyarham Dr. Wan Ismail akan dibawa ke Masjidal-Mustaqim di 26 Jalan Putra 2, Taman Nirwana, Ampang Selangor untuk solah jenazah pada pukul 9 pagi nanti.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button