Nasional
Bapa, anak warga Malaysia pulang dari Wuhan dijangkiti coronavirus
SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun dan anak lelakinya, berusia 9 tahun yang dibawa pulang dari Wuhan, China disahkan dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.berkata, kedua-dua pesakit adalah antara 105 individu yang dibawa pulang ke tanahair dari pada 4 Februari lalu.
Ia menjadikan keseluruhan kes positif Novel Koronavirus di Malaysia sebanyak 12 kes melibatkan tiga rakyat Malaysia dan sembilan warga China.-SM