Nasional

Banteras barang kawalan dan bersubsidi, cabaran besar KPDNHEP

MENYAMBUT ulang tahun ke-50 Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggariskan beberapa fokus dalam mendepani cabaran berkaitan isu pengguna dan peniaga dalam negeri.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata pihaknya memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan pengguna dan memastikan peniaga sentiasa mematuhi setiap perundangan yang dikuatkuasakan demi mewujudkan suasana perniagaan yang adil dan kondusif.

Antara fokus yang disebut ketika sidang media, petang tadi adalah mengawalselia bekalan dan harga barang, melindungi pengguna, melindungi hak harta intelek dan membanteras barang kawalan dan bersubsidi.

“Isu penyelewengan barang dan bersubsidi ini amat serius kerana ia boleh menjejaskan bekalan barang keperluan asas di dalam Negara selain ketirisan subsidi yang mendatangkan kesan buruk kepada Negara” katanya.

Katanya, cabaran paling besar dihadapi pihak mereka adalah membanteras barang kawalan dan bersubsidi.

“Ini adalah satu tugasan yang sangat berat dipikul oleh pihak kami, cabaran kita sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu ketirisan barang menyeberangi sempadan negara dan cabaran kedua adalah barang-barang tersebut memasuki industri yang tidak sepatutnya” jelasnya lagi.

Bagi membanteras isu barang kawalan dan bersubsidi ini peruntukkan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipecutan 2011 dikuatkuasa dengan tegas oleh Bahagian berkenaan bagi memastikan isu penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi dapat diatasi secara holistik.

Mengikut situasi semasa harga minyak sawit dunia adalah sangat tinggi, dan ini menjadikan harga minyak masak menjadi tinggi sekali gus permintaan minyak sawit juga meningkat.

“Walaupun kerajaan telah memperkenalkan Skim Penstabilan Minyak Masak (COSS) dan pihak kami telah membukakan jumlah 60 ribu tan sebulan, pihak kami masih mendapati jumlah tersebut masih tidak mencukupi kerana permintaan yang sangat tinggi di pasaran” katanya

Jelasnya, kerajaan juga mula memperkenalkan subsidi kepada minyak masak botol.

“Jadi ini adalah inisiatif baru yang dijalankan KPDNHEP untuk memastikan rakyat kita mendapat perlindungan daripada pihak kerajaan.

“Jadi tugas kami di sini adalah untuk memastikan subsidi berkenaan sampai kepada golongan sasaran” katanya. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button