fbpx
Ekonomi

Bank rugi RM6.4 bilion sepanjang moratorium

SEPANJANG tempoh moratorium selama enam bulan sistem perbankan dianggar mengalami kerugian RM6.4 bilion.

Bercakap di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank untuk memberi pinjaman sebanyak RM79 bilion.

“Mengenai anggaran kerugian bank akibat kesan moratorium berterusan iaitu sistem perbankan dianggar mengalami kerugian IFRS 9 sebanyak RM1.06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium.

“Dalam tempoh enam bulan secara keseluruhannya, jumlah kerugian dianggar mencecah RM6.4 bilion bersamaan dengan pengurangan kapasiti bank itu sendiri untuk memberi pinjaman baharu sebanyak RM79 bilion kepada peminjam,” katanya.

Zafrul menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP- Bagan) yang bertanya berhubung implikasi ditanggung sektor perbankan ekoran daripada pelaksanaan moratorium selama enam bulan.-SM


Show More

Related Articles

Back to top button