Ekonomi

Bank Rakyat, Touch ‘n Go bekerjasama demi keselesaan pengguna digital & e-wallet

DALAM usaha memenuhi keselesaan pelanggan, Bank Rakyat tampil bekerjasama dengan Touch ‘n Go untuk kemudahan proses pembayaran.

Hal ini demikian kerana sehingga hari ini, Touch ‘n Go memiliki jutaan pengguna dan penglibatan Bank Rakyat ibarat satu berita gembira buat pelanggan.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman, kerjasama antara sektor perbankan dengan perkongsian teknologi kewangan adalah satu model perniagaan baharu.

“Seperti yang kita ketahui, objektif utama rangkuman kewangan adalah untuk memastikan perkhidmatan kewangan dapat diakses oleh setiap golongan masyarakat, termasuk kemudahan pembiayaan, deposit, pembayaran dan juga celik kewangan.

“Justeru, kerjasama strategik ini merupakan salah satu langkah proaktif untuk menyokong inisiatif rangkuman kewangan negara khususnya dalam pembangunan produk dan perkhidmatan inovatif yang dilihat selaras dengan salah satu nilai teras Malaysia Madani iaitu Inovasi,” katanya.

Mohamad Hanis berkata demikian dalam satu sidang media pelancaran JomPAY Touch ‘n Go di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go Digital Sdn Bhd, Alan ni serta Ketua Pegawai Komersial Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) Encik Gary Yeoh. – SM 

 

Artikel berkaitan > Bank Rakyat umum penawaran semula pembiayaan terbaru khas untuk anggotanya

 

(Visited 620 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button