Ekonomi

Bank Rakyat perkenal Akaun Pelaburan-i Rizq Plus

BANK RAKYAT buat julung kali memperkenalkan produk pelaburan pertamanya iaitu Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat bagi membolehkan pelanggan bank berkenaan melabur dalam aktiviti kewangan patuh Syariah.

Di samping berpeluang memperoleh keuntungan yang tinggi, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta secara keseluruhan menerusi program cabutan bertuan bagi kategori cabutan bulanan dan setiap setengah tahun.

Naib Presiden Bahagian Deposit Bank Rakyat, Noor Azilla Nasarudin berkata, “Menerusi akaun ini. Bank Rakyat memberi peluang kepada individu berstatus warganegara serta bukan warganegara yang sedang meneroka peluang pelaburan baharu dengan pelaburan minimum serendah RM100 serta baki minimum pelaburan dalam akaun hanya sebanyak RM50.”

Naib Presiden Bahagian Deposit Bank Rakyat, Noor Azilla Nasarudin. Foto: Suara Merdeka

“Selain itu, produk ini ditawarkan kepada pelanggan tang berhasrat untuk memaksimumkan keuntungan menerusi pelaburan dalam portfolio aset pembiayaan runcit dengan menunpukan kepada portfolio Pembiayaan Peribadi-i dan Aset Cair Berkualiti Tinggi (High Quality Liquidity Asset, HQLA)” tambahnya lagi.

Produk ini yang berasaskan konsep Mudarabah, tidak mempunyai sebarang tempoh minimum atau maksimum dan pelanggan boleh mengeluarkan atau meningkatkan jumlah pelaburan mereka pada bila-bila masa.

Menerusi konsep Mudarabah ini, keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan akan dikongsi mengikut Nisbah Perkongsian Keuntungan (Profit Sharing Ratio, PSR) yang telah dipersetujui bersama.

Dari kiri: Pengurus Komunikasi Korporat Bank Rakyat Haji Ariff Iskandar Shah bin Haji Mohamad Aminudin, Naib Presiden Bahagian Deposit Bank Rakyat, Noor Azilla Nasarudin dan Pengurus Pengurusan Akaun Pelaburan Bank Rakyat, Zainol Othman. Foto: Suara Merdeka

Inovasi produk pelaburan ini diambil oleh Bank Rakyat berikutan ketidaktentuan persekitaran ekonomi negara susulan penularan Covid-19 dan bagi membantu Keluarga Malaysia untuk menegmbangkan dana simpanan mereka untuk diginakan ketika dalam kesusahan, sekali gus menjamin kualiti hidup yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

Sementara itu menurut Pengurus Pengurusan Akaun Pelaburan Bank Rakyat, Zainol Othman, “Produk baharu ini juga bertujuan bagi memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat berumur 18 tahun ke atas bagi merancang dan mengurus kewangan mereka dengan lebih baik, disamping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran dan hadiah menarik setiap bulan”.

“Jesteru, pelanggan yang layak digalakkan untuk melanggan produk pelaburan baharu Bank Rakyat ini kerana sekiranya mereka melabur dengan jumlah yang lebih tinggi, pelanggan akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang disediakan”.

Pagi ini telah berlangsung Program Pengenalan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur. Turut hadir memberi penerangan adalah Pengurus Komunikasi Korporat Bank Rakyat Haji Ariff Iskandar Shah bin Haji Mohamad Aminudin, Naib Presiden Bahagian Deposit Bank Rakyat, Noor Azilla Nasarudin dan Pengurus Pengurusan Akaun Pelaburan Bank Rakyat, Zainol Othman.

Pengurus Pengurusan Akaun Pelaburan Bank Rakyat, Zainol Othman. Foto: Suara Merdeka

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat berhubung Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menerusi laman web dan media sosial rasmi Bank Rakyat, perkhidmatan perbankan internet iRakyat atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 serta mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat komited tingkat ekonomi digital penduduk luar bandar

(Visited 2,578 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button