Berita

Bank Rakyat perjelas isu keselamatan: Komitmen Terhadap Perlindungan Pelanggan

BERIKUTAN dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini, Bank Rakyat menegaskan bahawa sistem mereka kekal selamat dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Bank Rakyat menyatakan bahawa mereka memandang serius kebimbangan yang timbul akibat dakwaan tersebut.

“Bank Rakyat komited untuk memastikan ketelusan dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan melalui pembangunan teknologi berterusan. Kami terus berusaha untuk memperkukuh dan menambah baik daya tahan operasi bagi memastikan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat kepada pelanggan kami.”

Bank Rakyat juga menjelaskan bahawa mereka telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi pelanggan secara individu melalui surat dan sistem pesanan ringkas (SMS). Usaha ini dilakukan bagi memastikan keselamatan perbankan pelanggan terjamin. Bank Rakyat turut meningkatkan kesedaran serta menyediakan panduan kepada pelanggan untuk melindungi diri daripada ancaman keselamatan siber.

Selain itu, Bank Rakyat telah melaporkan insiden ini kepada pihak berkuasa dan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara tersebut. Bank Rakyat memberi jaminan kepada pelanggan, rakan niaga, dan pihak berkepentingan bahawa semua operasi perniagaan terus berjalan seperti biasa. Integriti serta keselamatan perbankan pelanggan akan terus menjadi keutamaan utama.

Pelanggan yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan disarankan untuk segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1300 800 800 atau 03-5526 9200, atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button