EkonomiRencah Hidup

Bank Rakyat edar 6,000 bubur lambuk kepada barisan hadapan

BANK Rakyat meneruskan program Jalinan Ramadan-Edaran Bubur Bank Rakyat 2021. Program tersebut merupakan program tahunan yang dilaksanakan dalam bulan Ramadan.

Program itu tahun ini lebih istimewa kerana bubur lambuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Pusat Penilaian
COVID-19 (CAC) Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, untuk tahun ini mereka menyediakan sebanyak 6,000 bungkus bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan.

Penyerahan bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Pengerusi Bank Rakyat Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan.

Wan Junaidi berkata, program itu merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Bank Rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadan.


Selain itu program tersebut juga merupakan tanggungjawab sosial Bank untuk berkongsi dengan komuniti setempat.

“Inisiatif hari ini adalah sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan kepada petugas barisan hadapan yang berbakti kepada negara untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Selain menghargai petugas barisan hadapan, pek bubur lambuk turut diberikan kepada media, pelanggan serta komuniti setempat di sekitar Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR) atas sokongan yang diberikan kepada Bank,” katanya.

Program edaran bubur lambuk Bank Rakyat tersebut telah memasuki tahun kelapan sejak ia mula diadakan pada tahun 2013.-SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button