Ekonomi

Bank Bebas Beri Pinjaman Ikut Budi Bicara Atau ‘Kautim’ Sesama Sendiri?

Keputusan untuk memberi pinjaman bukan ditentukan oleh Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham tetapi oleh bank-bank itu sendiri.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, setiap bank mempunyai proses usaha wajar (due diligence) dan penilaian kredit.

“Kedua-dua perkara ini diuruskan Jawatankuasa Kredit masing-masing bagi menilai keupayaan bakal peminjam untuk membayar balik pinjaman mereka.

“Dari segi dasar, Bank Negara Malaysia telah menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi dan selagi bank-bank ini mematuhi garis panduan yang ditetapkan, mereka bebas untuk memberi pinjaman mengikut budi bicara mereka,” jelasnya.

Zafrul berkata demikian ketika menjelaskan persoalan mengenai pinjaman tak bercagar.

Namun demikian, rakyat begitu pelik kenapa kalau tiba pada urusan rakyat, bermacam-macam dokumen diperlukan.

Sampai sekarang bank belum memberi sebarang kenyataan apa alasan mereka berhubung perkara ini sehinggakan rakyat terpaksa memikirkan budaya ‘kautim’ sudah berlaku.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button